Wednesday, December 17, 2008

Kain Cindai

Kain Cindai atau juga dikenali sebagai kain Limar, merujuk kepada kain tenunan sutera halus yang bermutu tinggi. Kain Cindai merupakan kain yang mempunyai tenunan benang tinggi setiap inci dan dikatakan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jumlah tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikan kain Cindai amat kukuh dan menjadi rebutan kerana dianggap mampu menahan tikaman senjata. Ini boleh dianggap sebanding dengan pengunaan baju sutera oleh pahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang menembusi tubuh mereka tidak mampu menembusi alas baju sutera mereka, dengan itu membolehkan mata panah ditarik keluar.

Pembuatan kain Cindai juga memerlukan kapakaran menenun yang tinggi, menyebabkan jumlah yang dihasilkan terhad dan dengan itu mendapat permintaan yang tinggi. Ini menyebabkan harganya tinggi dan menjadi simbol status sebagai bangsawan dan hartawan.
Kain cindai juga digunakan sebagai senjata kerana kekukuhannya dan digunakan secara menyebat. Ia juga digunakan secara mencekik, menyambar anggota badan lawan dan mengunci atau mengikat pergerakan lawan. Kebiasaannya untuk pertarungan, satu hujung kain ini akan diikat dalam simpulan tertentu untuk berfungsi sebagai pemberat bagi memudahkan ia disebat. Pakar cindai boleh menyebat simpulan ini dengan tepat dan dikatakan mereka dapat memecahkan busut dengan ketepatan dan kekuatan sebatan itu. Kebiasaannya pesilat wanita menggunakannya sebagai senjata pertahanan diri kerana kain cindai digunakan sebagai tudung/selubung, selendang atau ikat pinggang dalam pemakaian tradisional pakaian wanita Melayu.

Dalam kesusasteraan Melayu, kain Cindai telah digunakan oleh Hang Jebat bagi membebat /membalut luka sebelum dia turun mengamuk. Hang Jebat dikatakan hanya mati selepas bebatan kain Cindai itu dibuka oleh Hang Tuah.

source : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kain_Cindai

* aku ada jugok terbaca kalu balut 7 lilitan.. senjata tak tembus.
* lain-lain akan dibuat kajian next time

Saturday, November 29, 2008

BESUT

Latarbelakang

Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN dan dari buku TUFFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.

Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul BESUT.

Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu di mana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam .

Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.

Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar RAJA SANG NYANYA. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang PANGAN. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.

Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYAN ABDULLAH KE KELANTAN dari buku TUHFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.

Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari PATTANI ( Selatan Siam ) telah datang ke BESUT dengan diketuai oleh seorang yang bernama CIK LATIF. Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari SUMATERA dan telah biasa berdagang di PATTANI. Dengan menawarkan SEGANTANG MATA KAIL dikatakan Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampongan ditebing SUNGAI BESUT yang diberi nama PALEMBANG mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan PUSAT PENTADBIRAN yang pertama di BESUT sebelum KG. RAJA.

Bila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya bernama CIK KAMAT. Semasa pemerintahan Cik Kamat Daerah Besut berada dalama keadaan huru-hara kerana ancaman dari perompak lanun yang bermaharajalela di pulau-pulau yang berada disekitar laut daerah ini. Dalam buku pelayaran PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh PANGLIMA EBEH dan PANGLIMA GARANG.

Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, CIK KAMAT tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari TERENGGANU. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu SULTAN MANSUR 1, yang dikenali sebagai MARHUM BERJANGGUT. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur 1 telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir.

Tengku Kadir dan tentera dibawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke PULAU PERHENTIAN.

Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai ORANG BESAR BESUT serta mendapat hak di atas Pulau Rhu.

Negeri Besut di bawah naungan Terengganu

Tengku Kadir yang menjadi Raja yang pertama Negeri Besut mengambil langkah untuk memperkuatkan kedudukan dan pemerintahannya yang membina benteng-benteng pertahanan disepanjang Sungai Besut berhampiran dengan KOTA PALEMBANG dan kemudian mendirikan tempat kediaman yang baru di KAMPONG RAJA di bawah pemerintahan Besut terus menjadi aman damai.

Sejarah dan Pentadbiran

Tengku Kadir yang mangkat pada 1835, telah digantikan oleh puteranya Tengku Ali. Semasa pemerintahannya telah berlaku peperangan antara Besut dengan Terengganu. Mengikut Tuan Haji Salleh bin Haji Awang dalam buku MENGKAJI SEJARAH TERENGGANU peperangan ini dikenali sebagai PEPERANGAN BESUT.

Kenaikan Tengku Ali telah memulakan pergolakan dalam institusi Beraja di Besut. Semasa pemerintahan beliau sejarah Besut telah menyaksikan pemberontakan beliau terhadap Sultan Omar di Kuala Terengganu. Peristiwa ini berlaku pada 23 Syawal 1292/1876 masihi. Peristiwa ini timbul disebabkan dasar Sultan Omar yang memerintah daerah-daerah secara langsung. Akibat dasar itu, Tengku Ali secara rahsia berusaha mendapat bantuan dari Kelantan untuk menjatuhkan Sultan Omar. Semasa istiadat melantik Tengku Ahmad sebagai Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Ali tidak hadir dan Sultan Omar telah menghantar rombongan ke Besut dan mendapati Tengku Ali sedang mengumpulkan pasukan bersenjata dari Kelantan untuk menentang Sultan Omar.

Sultan Omar terus menghantar surat bantahan kepada pemerintahan Siam dan SINGORA dan memberi amaran kepada Kelantan supaya kedua-dua kuasa itu tidak campurtangan dalam hal ehwal tanah jajahannya. Sultan Omar menyiapkan 8000 orang tentera duketuai oleh PANGLIMA BESAR ORANG KAYA MEGAT SERI MAHKOTA RAJA ( Wan Ab. Rahman bin Ali ) menyerang Besut melalui laut. Tengku Ali sempat lari ke Kelantan. Selepas peristiwa ini, Besut diwakilkan pemerintahannya kepada Tengku Ngah.

Apabila Tengku Ngah memerintah Besut, berlaku perebutan kuasa antara baginda dengan Tengku Muda. Dalam keadaan genting, Tengku Ngah menyerahkan kuasa kepada adiknya Tengku Chik Haji. Tengku Muda berkuasa di Kampong Lampu manakala Tengku Chik Haji di Kampong Raja. Persengketaan ini amat meruncing dan menyebabkan Sultan Terengganu sendiri datang ke Besut untuk menyelesaikannya.

Sultan Terengganu telah membuat cara penyelesaian yang baik tentang siapa yang berkuasa dimana baginda melantik Tengku Chik Haji sebagai Raja disebabkan kedudukan Kg.Raja di timur matahari naik sedangkan kedudukan Kg.Lampu dibarat matahari jatuh.

Kenaikan Tengku Chik Haji sebagai pemerintah Besut telah menyebabkan Besut mendapat kemajuan. Beliau mempunyai kuasa raja untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan. Hasil yang dipungut tidak lagi menjadi hak mutlak sultan. Beliau juga mengambil berat mengenai Pendidikan Islam dimana, di Kg.Palembang misalnya, pondok-pondok didirikan untuk mengajar agama wakaf-wakaf, balai Polis dan lain-lain didirikan. Istana yang pertama dibina pada 1878 dan masih ada hingga sekarang.

Pemerintahan terakhir dalam dinasti beraja Palembang ialah Tengku Ngah. Beliau seorang pendiam tapi mengambil berat tentang kebajikan penduduk KOTA PALEMBANG dan Kg.Raja. Beliau dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan Besut sebagaiman yang diasaskan oleh Tengku Chik Haji. Dikatakan pada waktu itu wakil Sultan di Kuala Terengganu sering datang ke Besut untuk mengutip hasil dari pemerintahan di Besut sebagai perbelanjaan membuat BUNGA EMAS untuk dihantar ke SIAM . Tengku Ngah dikatakan mangkat pada 1899 setelah memerintah Besut selama kira-kira 19 tahun.

Pentadbiran pesuruhjaya dan kedatangan British

Berikutan dari kemangkatan Tengku Ngah, Besut ditadbir oleh Pesuruhjaya iaitu wakil kepada Sultan di Kuala Terengganu. Bermula dari sini kedudukan Besut sebagai sebuah negeri pun berakhir. Pesuruhjaya Besut yang pertama ialah Tengku Long atau gelarannya TENGKU SERI INDERA SEGERA. Kemangkatan Tengku Long pada 1909 telah menyebabkan Besut ditadbir terus dari Terengganu. Dengan berlakunya PERJANJIAN BANGKOK pada 1909 antara British - Siam, negeri-negeri utara Persekutuan Tanah Melayu jatuh sebagai tanah jajahan British. Sebagai satu daerah dalam Terengganu, Besut turut menerima perubahan dimana Kerajaan British menghantar Penasihat kepada sultan dan segala pentadbiran kecuali mengenai adat resam dan agama Islam.

Pada tahun 1910, kebakaran besar telah berlaku memusnahkan sama sekali Kota Palembang . Ini menyebabkan penduduk-penduduk berpindah ke Kg.Raja dan lain-lain kawasan. Keturunan raja tidak lagi mempunyai kuasa dan kebanyakannya masih lagi menetap di Kg.Raja sehingga sekarang.

Zaman Jepun hingga sekarang

Semasa Pemerintahan Jepun, Besut ditadbirkan oleh Wakil Gabenor Jepun di Kuala Terengganu iaitu MR. ARATAKE. Sistem Pesuruhjaya masih diteruskan oleh Jepun dimana TUAN HAJI WAN LONG ( Datuk Sangsura Pahlawan ) menjadi Pesuruhjaya Besut semasa pemerintahan Jepun. Tuan Haji Wan Long telah digantikan oleh TENGKU SERI AKAR. Semasa beliau berlakunya penyerahan Besut kepada Siam dan seterusnya kekalahan Jepun dan kembalinya semula Pentadbiran British.

Kerajaan British telah menghapuskan jawatan Pesuruhjaya dan meletakkan Besut di bawah Pentadbiran DEPUTY RESIDENT COMMISSIONER. Orang pertama menjawat jawatan itu ialah seorang anak tempatan iaitu ENCIK ABD. AZIZ BIN HUSSIN. Hanya 3 orang yang sempat memegang jawatan itu termasuk DATO' HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI IDRIS yang kemudiannya dilantik sebagai MENTERI BESAR TERENGGANU.
Dari tahun 1947 hingga 1957, pentadbiran Besut diletakkan dibawah pegawai Pentadbiran ( ADMINISTRATIVE OFFICER ). Orang pertama memegang jawatan itu ialah C.C. MOWAT dan yang terakhir ialah AB.RAHMAN BIN MAT.

Selepas ini sistem PEGAWAI DAERAH bermula seorang Pegawai British bernama L.M. EDYE menjadi Pegawai Daerah Besut yang pertama di ikuti oleh ENCIK MUSTAFA BIN ABDUL JAMAL ( masih ada dan bertugas sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu ). Semasa beliau menjadi Pegawai Daerah, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Di Besut upacara bersejarah ini diadakan di Padang Bola Kg.Raja dimana Pengistiharan Kemerdekaan dibaca oleh Allahyarham En. Ismail bin Yusof ( DATO' BENTARA LUAR ) seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Copy Paste From : http://www.perhentianisland.info/sejarahbesut.php

Jata Negeri Terengganu
















Jata atau Lambang Kebesaran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman yang ada sekarang telah diwujudkan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III hasil ciptaan beberapa orang pembesar negeri ini.Menurut cerita orang yang melukis Jata tersebut iaitu Encik Mohamad bin Abdul Rahim yang merupakan saudara kepada Dato’Nara Wangsa ( Dato’ Mata-Mata ) dan hasil ciptaannya telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Jumaah Menteri bagi untuk kegunaan rasmi pada tahun 1932.Semua alat-alat ini dilingkungi oleh garisan bulat dan didalamnya ada tertulis huruf Melayu tiga patah perkataan dengan huruf Melayu yang bercerai-cerai hurufnya iaitu " Jawatan Kerajaan Terengganu ". Pada masa perintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dua lagi alat kebesaran iaitu dua telah ditambah cokmar dan perkataan " Jawatan Kerajaan " dihapuskan manakala perkataan "Terengganu " dikekalkan.

Copy Paste From : http://museum.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article2.php?cid=43&aid=3323

Lagi Sejarah Terengganu : Penghijrahan Bangsa Cina (Part II)

(6) Bukit Datu (DATU/Beijing), Kg. Tirok
mulai tahun 1500 hingga 1700M
Perahu Besar - 1690M

Dalam lingkungan 1500M, keturunan anak kapal Armada Cheng Ho ini berasal dari Kawasan Selatan Negeri Hokkien Cina, berhijrah (Lampiran 0) kemuara Sungai Terengganu, Sungai Telemong dan Sungai Nerus untuk menerokai bidang pertanian. Penempatan awal Orang Hokkien ini dengan membuka kawasan tanaman dan berkampung di Bukit Datu1 (Da-Tu), Losong2 (Lok-Song), Cepoh3 (Kawasan Tanaman Tebu), Pulau Babi/Pulau Bahagia, Kg. Cina Hak4, Kuala Telemong, Kg. Palem, Bt. Tadok, Tirok5 (Tempat Bela Khinzir) dan Sanpokang6 (Sungai Nerus) terutama di Tepoh. (Lampiran P)

Mereka mendirikan sebuah Tokong sebagai memperingati Laksamana Cheng Ho di Jeram, Sungai Nerus (Lampiran Q). Semasa mereka memberi penghormatan kepada Cheng Ho majlis itu tidak mengguna daging khinzir.

Di Bukit Datu, banyak Kubur Cina dengan Batu Nisan pada Zaman Dinasti Ming telah ditemui pada tahun 1968M dan kubur ini telah diratakan dan kawasan ini telah dimajukan menjadi Taman Perumahan. Bagaimanapun terdapat juga sebuah Batu Nisan Kaum Cina yang bertarikh 1743M untuk Keluarga Choo yang bernama Choo Chee Wu. Choo Chee Wu ini telah dilahirkan lebih kurang 1656M dan dianggap sebagai Ketua Pekan Bukit Datu. Beliau mempunyai 8 orang anak lelaki.

Sekitar 300 - 500 tahun dahulu di zaman penempatan awal ini, orang cina belajar memakai kain sarung dan memakan makanan mengikut cara Kaum Melayu dan mereka juga belajar menulis dalam tulisan jawi. Komuniti ini dikategorikan sebagai Peranakan Terengganu. Sebahagian mereka sudah di asimilasikan terutama di Kuala Telemong.

Orang Cina di zaman penempatan awal di Kawasan Kuala Terengganu menjalankan perniagaan dengan pedagang luar terutama pedagang dari Selatan Negara Cina iaitu Negeri Hokkien, Canton dan Pulau Hainan. Mengikut catitan Buku Dinasti Qing "Qing Chao Tong Tain"8 yang ditulis oleh Pegawai Kerajaan dan buku-buku lain juga menjelaskan bahawa Komuditi yang diniagakan adalah hasil tempatan terutama lada yang merupakan hasil yang paling terkenal iaitu emas pasir, kayu cendana, gaharu, kapur barus, hasil laut dan juga sarang burung. Manakala barangan Negara Cina adalah seperti cha, porselin, kain, kertas berwarna dan lain-lain. (Lampiran R)

Mengikut catitan Sejarah Cina Malaysia yang ditulis oleh Choo Zi Cun, padaTahun 1683M, Panglima Cheng Seng Gong10 yang telah mempertahankan kuasa Dinasti Ming telah ditewaskan oleh askar Kerajaan Dinasti Qing. Pada masa itu kuasa Dinasti Qing dipegang oleh Maharaja Sheng Tzou-Kang See11 telah mentadbir selama 61 tahun semenjak 1644M sehingga 1664M. Pengikut-pengikut Cheng ketika itu lebih kurang 3,000 orang. Mereka telah meninggalkan Pulau Taiwan dan lari ke Laut Cina Selatan dengan 9 buah Kapal Perang. Dalam m/s 5, catitan Sejarah Cina Malaysia ini menyebut bahawa 3 buah kapal perang ini sampai ke Melaka. Berdasarkan itu berkemungkinan ada juga yang sampai ke Kuala Terengganu. Sumber ini boleh dilihat dengan adanya Pembinaan Perahu Besar di Terengganu yang serupa dengan Kapal Perang / Kargo Dinasti Ming. Ketika itu kegiatan pembinaan telah bermula di Pulau Duyung dan Bukit Datu.

Pada tahun 1684 M, Kerajaan Qing telah membatalkan sekatan untuk menghadkan rakyat ke luar Negara. Oleh itu bilangan orang Cina yang bertempat di semenanjung bertambah.
Nota :
(1)
Nama Da-Tu ialah nama Beijing semasa Dinasti Yuan (Mongolia)

(7) Zaman Kesultanan Terengganu Semenjak 1708M (Lampiran S)
Kesultanan Terengganu bermula sekitar 1708M dengan Perlantikan Sultan Zainal Abidin 1 di Tanjung Baru Kuala Berang. Baginda kemudiannya memindahkan Pusat Pemerintahan ke Langgar dan akhirnya Kuala Terengganu. Kapten Alexander Hamilton, berbangsa Inggeris yang melawat Kuala Terengganu pada 1719 - 1720 telah mencatatkannya : -
* *
Trangano stands pleasantly near the Sea, on the side of a River that has a shallow Bar, and many Rocks scattered to and again within the River, but Room enough in many Places to moore small Ships very securely, to keep them safe from the Dangers of the Winds or Floods. There may be about one thousand Houses in it, not built in regular Streets, but scattered in ten or twenty in a Place distant a little Way from another's Villa of the same Magnitude. The Town is above half-peopled with Chinese, who have a good Trade for three of four Jonks vearly, besides some that trade to Siam, Cambodia, Tunqueen and Sambas. When I came back from Siam with my Cargo unsold, as I mentioned before, I came to Trangano to dispose of what I could of my Goods, and to procure a new Cargo for Surat, the kind King (Sultan Abdul Jalil of Johore) assisted me in doing both, with all the Peadiness and Cheerfulness imaginable.
Trangano is a very pleasant and healthful Country, and affords a fine Land-skip from the sea. The Hills are low, and covered with ever-green Threes, that accomodate the Inhabitants with Variety of delicious Fruits, such as Lemons, Oranges, Limes, Mangoes, Mangostans, Rambostans, Letchees and Dureans: And in the Vallies, Corn Pulse, and Sugar-canes. The Ground is cultivated by the Chenese, for the Malayas (sic) cannot take that Trouble.
The Product of the Country is Pepper and Gold, which are mostly exported by the Chenese. Abour 300 Tuns are the common Export of Pepper, and we have it almost for one half of the price that we pay for Malabar Pepper. From the Month of October till March, their River is shut up by the Bar, which fills up by the Impetuosity of the great Seas sent on that Shore by the North-east Monsoons; but in the finest Fish that ever I saw or tasted. There is one Sort exactly like a Salmon, both in Shape and Taste, but the Fish is white, as the Salmon is red. Their Poultry are large, plump and sweet, but Beef is scarce, except Buffolo Beef, and that is plentiful enough. *
*

Catitan ini memberitahu bahawa pada masa itu Bandar Terengganu mempunyai kira-kira 1,000 buah rumah dan penduduk separuh daripadanya Orang Cina iaitu lebih kurang 5,000 orang (1,000 ÷ 2 × 10). Mereka berniaga tiga atau empat kapal (Jong) komodoti setahun dengan Siam, Cambodia, Tunqueen dan Sambas. Orang Cina menanam buah Limau, Lemon, Mempelam, Rambutan, Laici, Durian, Jagung, dan Tebu. Barangan di negeri ini adalah lada dan emas. Orang Cina mengeksport 300 tan lada ...............

Kapten Jaseph Jackson pada tahun 1764 ada menceritakan mengenai " The Chinese have a Large Settlement ".

Pada 1769, Orang Perancis John Francois de Surville ada juga menceritakan ".... There are three bazaars one for the Malay another for the Siamese and the layest for the Chinese ....". ".... Since there are numerous Chinese a street is allocated, it is the only passable one ........"
M. Medhurst (1828) menceritakan "... numerous body of Chinese, which reside in the interior ....................... "

Being at liberty, I went among the Chinese, who amount to some hundreds dwelling principally in strong built houses .... . erected many years ago ..........".
The Chinese females in Triangano double the numbers of the males .........."

George Windson Earl (1833), Munshi Abdullah (1838)(Nota), Skinner's Geography (1884), Hugh Clifford (1895), W.W Skeat dan F.F Laidlaw (1899) antara penulis-penulis yang melawat Terengganu dan menceritakan keadaan Orang Cina yang ada pada masa itu di bawah Jajahan Kesultanan Terengganu. (Sumber rujukan - Kuala Terengganu International Trading Centre by Kho Kay Kim, Jabatan Sejarah, U.M).

Pada masa itu komuniti Cina Terengganu telah diiktiraf oleh Sultan Terengganu. Ini berdasarkan perlantikan (7) orang kapitan Cina untuk mengawal kepentingan dan kebajikan orang Cina. Empat (4) orang lagi dilantik Low Tiey sebagai Jurubahasa dan tiga (3) orang Taukeh atau Kangcu yang ditugaskan sebagai Ketua muara sungai. Keturunan Cina pertama yang menerima gelaran ' Dato Bergelar ' ialah Wee Sau Chuan pada 1896 dengan gelaran Dato Kaya Bakti. Antara mereka ialah : -

(A)KAPITAN CINA (KUALA TERENGGANU)
1)Teo Tioh Eng (1734 - 1820)
2)Kow Geok Seng (1782 - - )
3)Lim Eng Huat (1798 - 1847)
4)Kow Teck Lee (1810)
5)Lau Kian Tee
6)Wee Teck Siew ( - - 1899)
7)Kow Swee Leng

(B)LOW TIEY/JURUBAHASA :
1)Lim Keng Sing (1820 - 1849)
2)Lim Keng Hoon (1825 - 1882)
3)Lim Kian Mou
4)Lim Kian Siew ( - -1911)

(C)TAUKEH/KANGCU :
1)Taukeh Teo Hup Ho
2)Taukeh Gan Ching Yan
3)Taukeh Wee Seng Hee (1848 - 1930)
(D)Dato Kaya Bakti Wee Sau Chuan (1896 - 1938) . (Lampiran T)

Pemimpin Komuniti Orang Cina meminta semua Orang Cina supaya taat kepada Sultan dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk membangunkan ekonomi, menjaga kehormonian antara kaum dan memberi berbagai-bagai peluang pekerjaan untuk rakyat. Mereka mengeksport hasil dan barangan tempatan, mengimport barangan keperluan dan juga mengembangkan kegiatan industri negeri.

Pada masa itu, Orang Cina memproses gula yang diperbuat daripada tebu yang di tanam di Kg. Cepoh (Lampiran U), mengeluarkan Bata di Tepoh dan mencetak Wang Syiling untuk menggalakkan perniagaan tempatan.

Orang Hailam Cina yang berhijrah ke sini semenjak 180 tahun dahulu dan bertempat di Dungun, Paka, Kerteh, Kemasik, Kemaman, Jabor, Marang, Batu Rakit, Merang, Setiu, Kuala Besut dan Jerteh begitu juga dengan Cina Hokkien, Kanton, Hakka, Tie Chius yang lebih awal menerokai tanah berhampiran kawasan sungai untuk menanam pokok getah di seluruh Negeri dari Utara hingga Selatan sepanjang 240 kilometer.

Dari segi perlombongan, semenjak awal abad ke - 19, Kaum Cina mengambil bahagian sebagai pemborong kepada pengusaha Inggeris. Ramai pekerja Cina yang mahir dalam perlombongan dan membuka lombong Bijih Timah di Kampung Kongsi di Ulu Paka, Bukit Bandi, Psir Semut, Kampung Dadong, Kampung Sungai Kuah di Kawasan Hulu Sungai Kemaman.

Pada tahun 1913, Orang Jepun membuka Bukit Besi di Dungun dan ramai pekerja terdiri daripada Orang Cina terutama dari Negeri Santong dan Negeri Hopei yang diketuai oleh Chang Tian See mereka bersama-sama pekerja tempatan bertugas di lombong bijih timah, biji besi dan lain-lain.

Pada tahun 1828, adalah dianggarkan bahawa Terengganu mempunyai seramai 15,000 - 20,000 penduduk Melayu dan 600 orang penduduk Cina. (Catitan oleh : W.L.Blythe, "Historical Sketch Of Chinese Labour In Malaya" h.66).

Copy Paste From : http://www.eterengganu.com/sejarah/

Lagi Sejarah Terengganu : Penghijrahan Bangsa Cina (Part I)

1) Pendahuluan

Semenanjung Tanah Melayu terletak di Kawasan pelayaran yang dikenali sebagai Laluan Sutera Maritim (Lampiran A) antara Negara Cina dan Timur Tengah dan laluan ini seringkali dilalui oleh kapal-kapal saudagar Cina, Arab, Parsi, dan India. Pada zaman silam, orang Cina belayar dengan berpandukan alat kompas yang telah dicipta pada Zaman Dinasti Qin (Lampiran B) sebelum Masihi. Manakala orang Arab pula belayar dengan berpandukan bintang-bintang di langit untuk mengetahui arah yang hendak ditujuinya. Terdapat beberapa buah catatan oleh penulis Cina ada menyebut mengenai nama dan perihal negeri-negeri lama di dalam buku yang berusia beribu tahun dahulu dan kini masih boleh dibaca dan difahami oleh kami semua. Buku-buku lama ini memberi banyak maklumat yang berharga dalam usaha mengkaji sejarah negara-negara lama di Semenanjung Melayu terutama Negeri Terengganu Darul Iman. (Lampiran C)
Catatan Cina yang paling awal ialah "Han Shu" 1 (Buku Dinasti Han yang ditulis Bangu). Nama tempat dinyatakan pada buku No.28 ialah Kua-Du-Kun (Kuala Dungun). Sebenarnya nama ini ada juga dinyatakan di dalam beberapa buah buku lain pada masa itu seperti "Wu Shi Why Kok Chuan" 2 (Kesan Negara Luar pada zaman Wu) "Fu Nam Yei Whu Chi" 3 (Catatan Barangan yang aneh di Funam), "Swee Chin Chuan" 4 (Kesan Swee Chin), "Pei Tang Shu Chow" 5 dan "Yee Wan Lui Chi" 6.

Pada zaman Dinasti Sui (581M - 618M) dan Dinasti Tang (618M - 907M) Negara lama Chih-Tu (Tanah Merah) di Kelantan, ada tercatat di dalam buku lama mengenai hubungan dengan Negara Cina pada zaman silam. "Chih Tu Kok Chuan" 7 (Hikayat Tanah Merah) mengandungi 1,700 perkataan yang menceritakan Negara Tanah Merah yang berjiran dengan Terengganu di Pantai Timur. Antara maklumatnya ialah mengenai lokasi, jarak pelayaran, masyarakat, sejarah ekonomi, kebudayaan alam sekitar, adat istiadat dan lain-lain dan catatannya agak menyeluruh pada zaman itu.

Buku-buku catatan di Zaman Dinasti Sui dan Dinasti Tang turut menyatakan mengenai Benua Terengganu yang boleh dibuat kajian. Antara buku-buku itu ialah "Sui Shu" 8 (Buku Dinasti Sui), "Tang Shu" 9 (Buku Dinasti Tang), "Tong Tain" 10 dan "Hikayat Tanah Merah" 7.
Pada zaman Dinasti Song dan Dinasti Yuan pula terdapat beberapa orang pengarang yang masyhur memberi maklumat secara lebih terperinci berkenaan dengan Benua Terengganu. Mereka adalah Chao Jukua11, Chau Chufei12, Chao Ganwai13, Tan Yuachan14, Chau Chichong15, Wang Tayuan16 dan lain-lain lagi. Pada masa itu Chao Jukua memegang jawatan penting iaitu Syahbandar Zaytun17 (Chuanchow). Beliau telah mengarang dan mencatatkan semua perkara di dalam bukunya "Chuan Fan Chi" 11 pada tahun 1225M. Penulis Chau Chufei12 mula menghasilkan bukunya yang bertajuk "Ling Wai Tai Ta"12, yang menyebut tentang nama Fo-Lo-Ann23 yang seringkali disebut dalam buku-buku lain (Lampiran D).

Catatan yang paling sempurna telah ditulis oleh Wang Tayuan dalam dua naskah bukunya bernama "Dau Yi Zhi Lue" 16 (Catatan Tentang Pulau-Pulau Lama) dan "Dau Yi Zhi" 16 (Catatan Tambahan Tentang Pulau-Pulau Luar). Pada ketika itu, Wang Tayuan adalah seorang pemuda yang minat mengembara. Beliau telah dua kali pergi keluar Negara selama 18 tahun, dan dia mencatat banyak perkara yang dilihat sepanjang perjalanannya. Negara-negara yang dilawati ialah Semenanjung Melayu, Filipina, Borneo, Jawa, Sumatera, India, Parsi, Laut Merah dan Afrika Timur. Negara-negara yang dia jelajahi pada masa itu adalah lebih daripada 220 buah negara. Antaranya Wu-Zi-Ba18 (Melaka), Tamalin19 (Tembeling), Peng-Heng20 (Pahang), Ci-Lan-Tan21 (Kelantan), Ting-Jia-Lu22 (Terengganu), Fo-Lo-Ann23 (Kuala Berang), Pai-Jia24 (Paka) dan lain-lain.

Di samping itu, Artifak yang telah dijumpai di Terengganu memberi satu bukti yang kukuh sekali mengenai sejauhmana hubungan antara Terengganu dengan Negara Cina.
Justeru itu kertas kerja ini akan mengumpas untuk perbincangan lanjut berhubung maklumat mengenai persejarahan Terengganu berdasarkan catatan yang terdapat pada buku-buku lama Cina dan artifak yang ada.

2) 2,000 Tahun Dahulu

Dinasti Han Barat (206SM - 8M)
Negara Du-Kun () Negara Koli () Kua-Du-Kun ()/Kuala Dungun
Artifak Gendang Dong So'n () - 2,500 Tahun

Sebuah catatan Cina, "Han Shu" yang ditulis oleh Bangu ada menyebut pada zaman Dinasti Han Barat menyatakan bahawa Duta Han telah diarah belayar ke Wong Zhi 1 (India) dan pelayarannya bermula daripada Pelabuhan Hup-Pu 2 di Semenanjung Luizhou 3 di Negeri Kanton, Negara Cina. Mereka belayar ke Selatan dan mengambil masa selama 5 bulan untuk sampai kesebuah Negara yang bernama Du-Yuan 4. Selepas pelayaran Duta Han ini, beberapa buah buku lain juga ada mencatatkan mengenainya dengan ejaan yang berdekatan dengan nama ini seperti Du-Kun 5 "Tong Tain" 6 (m/s 188), "Tai Peng Ye Chang" 7 (m/s 888), Kua-Du-Kun 8 "Liang Shu, Fo Nam Chuan" 9 dan Kua-Du-Kan 10 "Nam Chuan Shu. Ling Yi Chuan"11. Ahli sejarah tempatan professor Kho Yuanqiao 12 berpendapat " Kua-Du-Kun" itu adalah Kuala Dungun (Lampiran E) .

Pada zaman Dinasti Song, buku "Tai Peng Ye Chang" yang ditulis oleh Lee Fang 7 ada mengatakan bahawa penduduk di Kua-Du-Kun seramai 2,000 orang yang berhijrah dari Daerah Chu Woo 13 di Negeri "Jenam" 14 (Vietnam) yang pada masa itu Negeri Jenam terletak dibawah jajahan Negara Cina. Mereka adalah petani dan berbangsa Han yang telah lari dari tempat asalnya kerana mereka tidak berpuas hati dengan Pegawai Kerajaan yang ketika itu sentiasa memaksa mereka membayar cukai yang terlalu tinggi dan mereka tidak mampu untuk membayarnya. Artifak Dong So'n 15 (Lampiran F) yang dijumpai di Kampung Batu Buruk dan Jerteh adalah barangan dari Negeri Jenam (Vietnam) yang pertukangannya berasal daripada Yun Nam di Negara Cina.

Pada ketika itu, sebuah Negara bernama Gouli 16 telahpun dicatatkan berkali-kali di dalam buku "Tong Tain" 6 (m/s 188) yang ditulis oleh Toh You pada zaman Dinasti Tang. Nama Koli/Coli seperti ini telah disebut oleh seorang penulis berbangsa Yunani /Greek iaitu Pegawai Perpustakaan di Pelabuhan Besar Alexandria (Iskandariah) di Negara Egpyt lama pada zaman Empayar P'Tolemy. Dalam bukunya "Alam dan Sejarah" yang dicatatkan sekitar abad pertama sebelum Masihi penulis berkenaan telah melakar petanya sekali. Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu telah dikesani oleh pengembara Egypt (Mesir) sebagai Semenanjung Emas (Golden Chersonness). Peta tersebut menunjukkan Koli (Kemaman), Polimols (Terengganu) dan Terrha (Kuala Terengganu).

Nota :
(1) General P'Tolemy memerintah Egypt selepas Elexander The Great ( 384 - 323 SM ) meninggal dunia pada 323 SM.
(2) Semenjak 285 SM, P'Tolemy bersama-sama dengan anaknya yang menjajah Egypt seterusnya menubuhkan empayar P' Tolemy dan Ibu Kotanya dipindahkan Kepelabuhan Alexendria (Iskandariah).
(3) Maharaja P'Tolemy II telah mengembangkan perdagangan Negaranya ke Benua yang lebih luas hingga ke Asia Tenggara.
(4) Empayar P'Tolemy dirobohkan semasa Maharaja (Perempuan) Leopatria meninggal dunia pada 31 SM.
(5) Penulis berbangsa Greek (Yunani) ini bertugas di Perpustakaan Pelabuhan Alexandria mencatatkan laporan Pedagang dan Pegawainya yang balik dari Luar Negara. Dia Pernah mencatatkan perihal (Semenanjung Emas) Golden Chersonness.


(3) 1,400 Tahun Dahulu

(a) Duit Syiling Kai-Yuan-Tong-Boa (621M)
Semasa pemerintahan Dinasti Tang (618M - 907M)
(b) Duit Syiling Ta-Kuan-Tong-Boa (1197M)
Semasa pemerintahan Dinasti Song (960M - 1279M)

Pada masa dahulu, saudagar-saudagar Tionghua ( Cina ) berniaga dengan Asia Tenggara termasuk Negara-negara lama di Benua Terengganu yang berlokasi sepanjang Laluan Sutera Maritim. Barang yang mereka dagangkan adalah kain sutera, porselin, dan lain-lain keluaran dari Negara Cina. Barangan Terengganu yang dibeli adalah hasil tempatan seperti biji timah, emas, sarang burung, gading, kayu laka, kayu gaharu, kayu cendana, candan, cengkih, lada, kapur barus, gamat dan lain-lain menggunakan sistem "Barter Trade". Kadangkala saudagar Tionghua menjalankan perniagaannya dengan menggunakan duit syiling tembaga yang mudah dibawa oleh mereka.

Pada tahun 1993, kumpulan Expidisi Azmi Ngah (Timbalan Pengarah Muzium Terengganu) dan Rashid Hamat (Pegawai Sejarah Muzium Terengganu) telah menjumpai sebuah tempayan yang sarat di Kampung Cermai, Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu. Di dalam tempayan tersebut berisi berbagai jenis duit syiling lama sebanyak 4,000 keping yang berasal dari Negara Cina semasa Zaman Dinasti Tang sehingga Dinasti Song antara 618M hingga 1279M. Duit Syiling ini adalah berikut : -

a) Duit Syiling Kai-Yuan-Tong-Bao1 yang dicatatkan oleh Maharaja Tang Kow Tzou2 (618M - 626M) pada tahun 621M.
b) Syiling Jia-You-Tong-Bao3 yang mencatatkan nama Maharaja Song Ren Zong4 (1023M - 1063M) pada tahun 1056M.
c) Syiling Shao-Sheng-Yuan-Bao5 yang mencatatkan nama Maharaja Song Zhe Zong6 (1056M - 1100M) pada tahun 1094M.
d) Syiling Ta-Kuan-Tong-Bao7 yang mencatatkan nama Maharaja Song Wai Zong8 (1101M - 1125M) pada tahun 1107M.
e) Syiling Zheng-He-Tong-Bao9 pada tahun 1110M.
(Lampiran G)

Pada hakikatnya, duit Syiling ini membuktikan bahawa pada masa dahulu Orang Cina Lama berhubung rapat dengan Terengganu dari segi perniagaan dan mewujudkan ekonomi tempatan.


(4) Negara Fo-Lo-Ann

Kuala Sungai Berang di zaman Dinasti Song ( 960M-1279M )
Dakwah AGAMA ISLAM daripada Negara Cina dalam lingkungan 1295M ( Batu Bersurat - 702H/1303M )

Fo-Lo-Ann sebuah Negara yang seringkali dilawati oleh pedagang Cina pada zaman Dinasti Song hingga Dinasti Yuan ( 7 kali dicatatkan ). Pada masa itu di Negara Cina semua saudagar yang pulang dari luar wajib melapor diri kepada Shahbandar Zaytun di Chuan Chow. Pegawai Chao Jukua pernah memegang jawatan Shahbandar pada zaman Dinasti Song. Mengikut sejarah, Bandar Zaytun/Chuan Chow1 ini adalah sebuah pelabuhan besar seperti Bandar Iskandariah/Aexandria di Mesir/Egpyt. Pelabuhan ini sangat sibuk dan disahkan ribuan kapal berlabuh setiap masa sehinggakan ada yang terpaksa berlabuh diluar pelabuhan. Barang dagangan mereka terdapat berbagai jenis dan saudagarnya terdiri daripada kaum Cina, Arab, Parsi dan orang-orang Asia Tenggara.

Pada tahun 618M - 626M Agama Islam telah didakwah oleh dua daripada empat orang mubalight Arab di Bandar Zaytun. Semasa Dinasti Song, terdapat kira-kira 20,000 orang umat Islam di Bandar Zaytun. Mereka telah membina sebuah masjid pada tahun 1009M yang diberi nama Masjid Aisuhabu ataupun disebut oleh Kaum Tionghua/Cina sebagai Masjid Bersih dan Suci. Umat Islam memelihara sebuah Makam yang dinamakan Shengmu ( Makam Suci Islam ) dan pernah diziarahi oleh Laksamana Cheng Ho. Sempena lawatan itu Kaum Hui2 (nota 2 v) telah membina sebuah batu peringatan bertarikh 1417M di makam tersebut sebelum pelayarannya yang ke 4 pada tahun 1413M ke Asia Tenggara dan Timur Tengah. Kaum Hui yang keturunanya berkahwin antara orang Han dengan orang Arab/Parsi.

Orang Cina di Chuan Chow terutama di daerah Huai Ann sangat terkenal dengan kepakaran mengukir/memahat tulisan pada Batu Granit. Terdapat beribu jenis tulisan pada Batu dalam pelbagai bahasa yang terdapat di Muzium Komunikasi Lautan (Oversea Communication Museum ) di Bandar Chuan Chow (nota 1).

Sekitar 1000M pengaruh agama Hindu/Buddha (Lampiran H) meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Siam dan Vietnam. Pada masa itu Terengganu dan Fo-Lo-Ann terletak didalam jajahan Empayar Serivijaya yang beragama Hindu. Peristiwa ini boleh dibaca dalam catatan tulisan Chau Chufei, Chao Jukua, Chao Ganwai, Tan Yuachan, Chau Chichong dan Wang Tayuan ( Lampiran I).

Mengikut sejarah Dinasti Yuan, Askar Mongo diperintahi oleh Maharaja Kubli Khan, yang telah mengalahkan Negara Champa di Vietnam Tengah pada tahun 1285M dan Annam ( Vietnam ) pada tahun 1287M. Pada tahun 1295M Askar Mongo ( Yuan ) sekali lagi menyerang Majapahit di Jawa yang beragama Hindu tetapi mengalami kekalahan. Kebanyakan askar tersebut terdiri daripada orang Mongo, Umat Islam yang beretnik Hui dan sebahagian kecil orang Han. Mereka berundur dan singgah di Benua Terengganu yang pada masa itu juga beragama Hindu. Manakala Askar umat Islam belayar lagi ke Negara Fo-Lo-Ann yang dijajahi oleh Raja Mandalika. Raja menerima kedatangan mereka. Kewajipan sebagai Umat Islam, mereka pun berdakwah di benua itu dan Raja Mandalika memerlukan ajaran Agama Islam untuk pemerintahannya.
Kononnya pada 702H bersamaan 1303M, orang Hui yang mahir dalam ukiran batu Granit pun mengukir Batu Bersurat ( Lampiran J) dengan menggunakan tulisan Jawi lama pinjaman daripada Huruf Arab dan Huruf Parsi (nota 4) yang sudah lama dipelajari serta dikuasai oleh Umat Islam etnik Hui (nota 2). Ayat pada Batu Bersurat tulisannya menyerupai corak bahasa China lama ( Wen Yan Wen ) yang tidak bertitik, berkoma dan juga seperti tulisan Arab yang bermula dari kanan kekiri.

Dalam tahun 1405M sehingga tahun 1433M, Laksamana Cheng Ho ( Mohd Ho ) memimpin Armada Raksasa yang mengandungi lebih daripada 200 buah kapal ( Lampiran K) yang memuatkan 27,800 orang utusan telah belayar ke Asia Tenggara, India, Arab, Parsi dan Afrika Timur sebanyak 7 kali dan mengambil masa selama 28 tahun. Admiral Cheng Ho seorang Islam, keagongan misi utusannya selain daripada pendamaian dan hubungan perdagangan bersama dengan Negara sepanjang pelayarannya, sebenarnya telah mengekalkan dan mengembangkan Dakwah Agama Islam di Asia Tenggara.

Nota :
(1) Sumber dari 'Intergration Of Islam And Confucianism' ISBN 983-2385-50-4 / by Professor Dr. Chen Shu-Shi.
(2)

i)Source of Arabian People ( From Chinese Library by Hamilton Jeb the 5th / 6th Century in China)750 - 1258 Islam occupied Iraq Abbasid 750 - 1031 Islam occupied Spain Qmayyad Condova 709 - 1171 Islam occupied Fatimah Egypt Cairo
ii)Agama Islam sampai ke Asia Tengah dan Cina pada 751M
iii)ZAYTUN dicatatkan didalam "THE TRAVELS OF IBN BATTUTA A.D. 1325 - 1354" di (Vol. I - m/s xiii)
iv)Huruf Jawi = Huruf Arab + 5 Huruf Parsi


(5) Laksamana Cheng Ho / Sanpokong ( / )
1414M, Sanpokang : Sungai Nerus Zaman Dinasti Ming (1368M-1644M)

Satu pelayaran rombongan raksasa yang dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho kali ke 4 (1413M - 1415M) telah melalui Terengganu (Ding-Jia-Lu)1 seperti pelan pelayaran yang dikembarkan didalam peta (Lampiran L) yang dicatitkan oleh pegawai Laksamana.

Mengikut catatan buku "Ying Ya Sheng Lan"2 (Pemandangan Indah di Seberang Samudera) telah ditulis oleh Mohd Fuad (Ma Huan) seorang Pegawai Rombongan pada 1451M dan buku "Xing Cha Sheng Lan"3 (Menikmati Pemandangan Indah Dengan Rakit Sakti) telah ditulis oleh Faizil (Fei Xin) seorang lagi Pegawai Kanan pada 1436M, mencatatkan kami bahawa rombongan utusan seramai 27,800 orang kali ke 4 ini disertai lebih daripada dua ratus buah kapal : -

(1) Kapal Bao4 (Lampiran M) (14 Layar), panjangnya 120 meter dan lebar 50 meter.
(2) Kapal Kuda5 (6 Layar), panjangnya 104.7 meter, lebar 42.4 meter, kedalamannya 6 meter, berat bersih 14,586 tan dan berat muatannya sebanyak 7,000 tan.
(3) Kapal Kargo6 (6 Layar), panjangnya 79.2 meter, lebarnya pula 34 meter, kedalamannya 6 meter, berat bersih 7,081 tan dan berat muatan 3,500 tan.
(4) Kapal Passanger7 (5 Layar), panjangnya 67.9 meter, lebarnya 26.6 meter, kedalamannya 5 meter, berat bersih 4,033 tan dan berat muatan 2,000 tan.
(5) Kapal Perang8 (3 Layar), panjangnya 50.9 meter, lebar 19.2 meter, kedalamannya 4 meter, berat bersih 1,703 tan dan berat muatannya 850 tan. Sebenarnya Perahu Besar Terengganu menyerupai kapal perang ini.
(6) Perahu Air9 (1 Layar), panjangnya 42 meter dan lebarnya 16 meter.
(7) Perahu Berkayuh 8 Besar10, panjangnya 42 meter, dan lebarnya 16 meter.
(8) Perahu Berkayuh 611, panjangnya 34 meter dan lebarnya 13 meter dan
(9) Perahu Berkayuh 812, panjangnya 34 meter, lebarnya pula 13 meter.
(Lampiran N)

Misi pelayaran Laksamana Cheng Ho ialah : -

(1) Mengukuhkan perhubungan persahabatan antara Negara Cina dengan Negara-negara di Asia Tenggara, Lautan India, Benua Arab/Parsi dan Afrika Timur.
(2) Menunjukkan kekuatan Negara Cina serta mewujudkan pendamaian antara satu sama lain.
(3) Memajukan perdagangan antarabangsa.
(4) Memperkenalkan hasil pengeluaran tempatan.
(5) Menjamin keselamatan pedagang Maritim.


Disamping itu Laksamana Cheng Ho juga menjalankan kegiatan dakwahnya dengan menyebarkan Agama Islam di Nusantara seperti Empayar Serivijaya, Majapahit, Melaka, Terengganu, Fo-Lo-Ann, Kedah dan lain-lain, dimana sebelum ini dipengaruhi oleh agama Hindu/Buddha. - (Lampiran-H)

Sebenarnya Laksamana Cheng Ho diberi satu tugas penting untuk mencari anak saudara kepada Maharaja Yok Lok13 (Maharaja Ke 3 Dinasti Ming) iaitu Maharaja Huai-Choo Yun Wan (Kian Wan)14 yang telah lari dari Istana di Namking pada tahun 1402M. Pada masa itu Kian Wan berumur lebih kurang 20 tahun dan telah dilantik oleh datuknya Maharaja pertama Dinasti Ming Choo Yuan Zhang tahun 1399M kerana ayahnya telah meninggal dunia terlebih dahulu.
Laksamana Cheng Ho beranggapan bahawa Kian Wan dan orang-orangnya telah lari ke Terengganu kerana terdapat maklumat berkenaan Ku-Du-Kun15 (Dinasti Han), Koli16 (Dinasti Sui), Fo-Lo-Ann17 (Dinasti Song), Ting-Ya-Nung18 (Dinasti Song), Ding-Jia-Lu1 (Dinasti Yuan), Pai-Jai19 (Dinasti Yuan), San-Jiao-Ye20 (Dinasti Yuan) yang telah lama dicatatkan dalam Buku Sejarah Lama Cina. Laksamana Cheng Ho pun tahu Fo-Lo-Ann (Berang) adalah sebuah pusat perniagaan saudagar Cina, Arab, India dan lain-lain.

Armada Cheng Ho singgah di Laut hadapan Kuala Terengganu dan Laksamana memerintah anak kapalnya masuk ke dalam Sungai Terengganu untuk menjalankan misinya. Selain daripada mencari sasarannya, anak kapal mengambil air tawar di Kawasan Jeram Sungai Nerus dimana mereka mendarat disitu lalu mereka tertarik dengan pemandangan alam sekitarnya.
Laksamana Cheng Ho berasal dari Keluarga Ma yang beragama Islam di Daerah Kunyan21, Negeri Yunan. Datuknya berbangsa Arab bernama Saidichi Shansiding ("Zheng He Lun Chong" m/s-369, dicatatkan oleh Universiti Yun Nam pada Nov. 1992). Beliau telah dibawa oleh Ganghis Khan ke Negara Cina untuk bertugas pada awalnya sebagai seorang Pegawai Kanan Tempatan di DATU (Beijing) pada Zaman Dinasti Yuan (Monggol) dan tidak lama kemudian dilantik sebagai Raja Xian Yang22 oleh Maharaja Kublai Khan untuk memerintah Negeri Yunan, Cina.

Pada Zaman Dinsti Ming, Cheng Ho pula ditugaskan sebagai Laksamana dengan misinya bagi mengutuskannya ke Negara di Selatan dan Barat. Semenjak umurnya masih kecil lagi Cheng Ho/Mohd Ho diberi nama Sanpo hinggalah kini masyarakat masih memanggilnya dengan panggilan ini oleh kerana kemashurannya dalam bidang pelayaran, perutusan dan kepahlawanan beliau di jolok dengan panggilan Cheng Ho Sanpokong.

Kesimpulannya kami berpendapat bahawa selepas kegiatan pelayaran Laksamana Cheng Ho Sanpokong Orang Tionghua berhijrah ke Asia Tenggara. Mereka mewujudkan ekonomi tempatan dalam perusahaan perindustrian dan pertanian. Contohnya di Negeri Terengganu terutama di Kg. Cepoh (dekat Pulau Bahagia), masyarakat Cina menanam lada dan tebu secara komercial. Hasil tanaman lada dieksport dan tebu diproses menjadi gula. Mereka juga mengusahakan kilang bata di Tepoh dan memberi maklumat berkenaan pembinaan kapal dan rumah dengan menggunakan rasuk. Dari segi perdagangan pula, cara mengeksport hasil tempatan dan cara menggunakan wang syiling dimulai oleh Komuniti Cina.

Copy Paste From : http://www.eterengganu.com/sejarah/

Sejarah Terengganu

Kedudukan Geografi Dan Penduduk

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan ; manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.

Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu ; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut Dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu Dan Besut.

Kemudiannya pada 1 januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan ketujuh di negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini di tadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut : Kuala Terengganu,60,654.3 hektar ; Kemaman, 253,559.9 hektar ; Dungun, 273,503.1 hektar ; Marang, 66,654.3 hektar ; Hulu Terengganu, 387,462.6 hektar ; Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang. Pada tahun 1951 seramai 236,300 orang. S

eterusnya meningkat lagi pada tahun 1959 ke angka 278,147 orang dan tahun 1960 seramai 306,942. Pada tahun 1963 berjumlah 339.816 orang dan pada tahun 1970 berjumlah 405,751 orang. Jumlah seterusnya meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini (1998 ) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah orang Melayu dan bakinya terdiri daripada orang Cina dan India.

Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi ialah perikanan. Hasil petrolium menguatkan lagi ekonomi negeri.

Asal Usul Nama Terengganu

Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring anu ", dan " Terangan nu ". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".

Sementara itu " Taring anu " dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan – "Taring anu " kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa.

Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu ". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di " Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.

Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. pertamanya kisah " Taring anu " yang berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ). Kisah ini menyatakan yang " Taring anu " berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja " taring anu tuanku ". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu.

Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke " Terangan ni " atau " Terengan nu".

Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.

Kedatangan Islam

Setakat ini tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh atau tahun dan dari mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun ini disetujui setakat ini tercatat di Batu Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut. Dengan ini bermakna Agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1303. Perkembangan Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan penulis batu bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di Terengganu boleh membaca jawi. Satu perkara yang menarik di sini, Terengganu adalah negeri yang terawal di Malaysia mengkanunkan undang-undang Islam.

Dalam pada itu terbukti pada kurun ke – 16 Sharif Muhammad Al-Baghdadi sudah berada di Kuala Berang. Kehadiran beliau ini sudah pasti ada kaitan dengan Agama Islam dan perdagangan. Beliau meninggal dunia di Batu Belah, Kuala Berang. Keturunan beliau, Abdul Malik bin Abdullah ( lebih dikenali sebagai Tuk Pulau Manis ) meneruskan kegiatan keagamaan di Terengganu. Setelah kira-kira 10 tahun menuntut di Mekah dan Madinah, di sekitar tahun 1690 Abdul Malik pulang ke Terengganu dan mengajar ilmu agama di Kuala Berang.

Sejarah Awal

Sejarah awal Terengganu adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang. Dalam Negarakartagama, tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah terdapat manusia tinggal di situ sejak 4,000 tahun sebelum masihi. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.

Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor ; Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama dihantar memerintah Terengganu. seterusnya Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail. Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.

Kesultanan Terengganu

Pengasas Kesultanan Terengganu pada hari ini ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda ialah putera Tun Habib Abdul Majid atau dikenali juga dengan panggilan Bendahara Padang Saujana. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang, Raja Pattani.

Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.
Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah ( bersamaan tahun 1708 ). Sultan Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan ke Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang ( kini dipanggil Kota Lama ).

Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (1746 – 1760 ) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur di gantikan oleh putera baginda Sultan Zainal Abidin II (1794 – 1808 ). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad (1808 – 1830 ), Sultan Abdul Rahman ( 1830 ), Sultan Daud ( 1830 – 1831 ), Sultan Mansur II ( 1831 – 1837 ), Sultan Muhammad ( 1837 – 1839 ), Baginda Omar (1839 – 1876 ). Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan dari takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II ( 1876 –1881 ). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III ( 1881–1918 ). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II ( 1918 – 1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ( 1920 – 1942 ).

Menurut Warta Chahaya Timor No. 38 bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulong baginda telah dilantik sebagai " Pemangku Sultan Sementara " oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran " Sultan " pada 30 September 1942 oleh Syuckokan atau Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu 1911.
Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada pukul 9.00 pagi Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran Sultan Ismail Nasaruddin Shah. Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke – 6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Yang DiPertuan Muda Tengku Mizan.

Menghadapi Kuasa Siam

Kerajaan Siam menuntut Terengganu sebagai naungannya. Bunga Emas dan Bunga Perak yang dihantar oleh Terengganu tiap-tiap 3 tahun sekali dijadikan bukti kuasa Siam ke atas Terengganu. Namun sebenarnya Bunga Emas pertama kali dihantar pada tahun 1781, di masa pemerintahan Sultan Mansur Shah I sebagai tanda balasan hadiah yang diberikan oleh angkatan Siam kepada Sultan Mansur Shah I, kerana membantu angkatan Siam menyerang dan mengalahkan Legor pada tahun 1766.

Sultan Zainal Abidin III ( 1881 – 1918 ) menjelaskan kepada Gabenor SIR Frederick Weld yang datang melawat Terengganu pada tahun 1886 dan 1887, Bunga Emas yang dihantar ke Siam hanya sebagai tanda persahabatan dan bukannya sebagai ufti. Oleh kerana dakwaan Inggeris yang mempunyai hak ke atas Terengganu, kerajaan Siam telah menyerahkan Terengganu kepada Great Britain melalui perjanjian Bangkok 1909. Namun begitu kerajaan Terengganu dibawah Sultan Zainal Abidin III menolak perjanjian ini. Dengan itu perjanjian di antara Terengganu dengan Great Britain ditandatangani pada tahun 1910. Di antara syarat perjanjian ini, Terengganu menerima Wakil British.

Menghadapi Kuasa British

Pada tahun 1862, angkatan British di bawah Kolonel R. Macpherson membedil Kuala Terengganu. Pembedilan ini dilakukan kerana British mengesyaki Terengganu memberi bantuan kepada Wan Ahmad menentang abangnya Bendahara Wan Mutahir Pahang pada tahun 1857 – 1863. Hasrat British campurtangan di Terengganu akhirnya tercapai melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani oleh Kerajaan Siam dan Great Britain pada 10 Mac 1909. Dengan berkuatkuasa perjanjian ini, Kerajaan Siam menyerahkan Terengganu kepada British.

W.L.Conlay dilantik sebagai Ejen British yang pertama di Terengganu. Sultan Zainal Abidin III menolak perjanjian ini dan tidak menerima perlantikan W.L.Conlay. Pertelingkahan Perjanjian Bangkok 1909 akhirnya selesai apabila Terengganu bersetuju menandatangani dengan Great Britain pada 22 April 1910. Dengan berkuatkuasa Perjanjian ini, Terengganu menerima secara rasminya perlantikan Ejen British.

Walaupun demikian, Ejen British tidak mempunyai kuasa di dalam pentadbiran negeri Melayu yang bebas. Seterusnya pada tahun 1911, Kerajaan Terengganu meluluskan Ubdang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang menyatakan Terengganu adalah negeri Melayu dan Islam.

British yang tidak puas hati dengan kedudukannya di Terengganu terus menjalankan usaha untuk melibatkan dalam pentadbiran Terengganu. Pada akhirnya British berjaya melalui perjanjian 24 Mei 1919. Perjanjian ini ditandatangani oleh Sultan Muhammad yang menggantikan ayahandanya Sultan Zainal Abidin III. Berkuatkuasa Perjanjian ini, Terengganu buat pertama kalinya menerima Penasihat British. Dalam artikel 11 Perjanjian ini dicatatkan bahawa Sultan Terengganu akan menerima Penasihat British, menyediakan tempat kediaman di Terengganu dan nasihatnya hendaklah diminta serta diikuti dalam semua perkara pentadbiran kecuali Agama Islam.

Tentangan Terhadap British

Penglibatan British dalam pentadbiran Terengganu dan diikuti dengan pengenalan peraturan baru membangkitkan tentangan pada tahun 1922,1925 dan 1928. Gerakan tentangani ini dipimpin oleh Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid ( lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong ) dan disokong oleh penduduk Terengganu. Mereka yang terlibat dalam tentangan ini menyifatkan British dan segala peraturan baru yang diperkenal dan dikuatkuasakan ( selepas British campur tangan dalam pentadbiran Terengganu ) adalah peraturan kafir.

Haji Abdul Rahman Limbong telah dibawa ke muka pengadilan. Beliau didapati bersalah dengan menyebarkan ajaran sehingga mencetuskan kebangkitan 1928. Di atas nasihat Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Ngah Muhammad, beliau dijatuhkan hukuman buang negeri ke Mekah. Haji Abdul Rahman Limbong meninggal dunia kerana sakit di Mekah pada 6 November 1929.
Kesedaran dan Perjuangan Kemerdekaan

Terengganu juga tidak ketinggalan dalam gerakan kesedaran dan perjuangan kemerdekaan. Pada Mei 1937, Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) ditubuhkan didaftarkan pada Ogos 1938, dibawah pimpinan Ibrahim Haji Yaacob. Matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Muda ialah menghindar orang Melayu daripada diperas oleh penjajah dan melahirkan semangat kebangsaan. Juga ingin membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah dan bergabung dengan Indonesia mewujudkan " Melayu Raya " atau " Indonesia Raya ".

Kempen yang dilakukan oleh Presiden KMM, Ibrahim Haji Yaacob di sekitar tahun 1940 – 1941 ke seluruh Tanah Melayu telah berjaya menubuhkan cawangan KMM di Terengganu. Pertemuan Ibrahim Yaacob dengan beberapa orang pemuda di Grand Hotel, Kuala Terengganu membawa kepada penubuhan KMM. KMM cawangan Terengganu diketuai oleh Wan Daud Ahmad; Setiausahanya pula ialah Ibrahim bin Muhamad ( Ibrahim Fikri ). Di antara tokoh lain yang terlibat dalam pengasasan KMM di Terengganu ialah Muda bin Jalil, Ibrahim Sulaiman, Muda Kassim, Muda Rahim dan Zakaria Arshad. Wan Daud Ahmad ialah bekas pelajar Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman dan Sekolah Arab Zainal Abidin. Ibrahim Fikri pula ialah bekas pelajar Sekolah Zainal Abidin. Kemudiannya KMM berkembang di daerah Besut. Di antara mereka yang terlibat dalam pembentukan KMM Besut ialah Mohamad Senari Yunus, Ibrahim bin Ismail dan Syeikh Ali bin Mohammad.

Pada tahun 1940 beberapa orang pepimpin KMM seperti Ibrahim Haji Yaacob dan beberapa orang pemimpin Kesatuan Melayu Muda; Ishak Haji Muhammad, Hassan bin Manan, Ahmad Boestaman dan Isa Mohd bin Mahmud ditahan oleh British kerana disyaki merancang pakatan menentang British dan bekerjasama dengan pihak Jepun. Namun demikian, pemimpin KMM Terengganu seperti Ibrahim Fikri dan Wan Daud Ahmad tidak ditahan. Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, KMM yang sedang berkembang dibubarkan pada tahun 1942. Berikutnya pemimpin KMM terlibat dalam Pembela Tanah Air ( PETA ), di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaacob. PETA Terengganu pula dipimpin oleh Ibrahim Fikri. Dalam gerakannya Ibrahim Fikri mendapat sokongan daripada Haji Muhammad Salleh bin Awang.

Pada tahun 1942 – 1945, Terengganu mengalami pendudukan Jepun. Dalam jangka masa ini Terengganu ditadbir oleh Tentera Jepun, 1942 – 1943 dan Pentadbiran Tentera Thai,1943 – 1945. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dikekalkan diatas takhta kerajaan Terengganu. Pada 18 Mac 1942, Manabu Kuji tiba di Kuala Terengganu untuk memegang jawatan Syuciji ( Gabenor ). Dengan mengekalkan bidang kuasa Sultan dalam hal yang berkaitan dengan agama, pentadbiran tentera Jepun membentuk pentadbiran Terengganu berasaskan kepada empat pejabat; Pejabat Guji Keimu-bu ( Pejabat khas untuk Tuan Syuciji Terengganu ), Pejabat Somu-bu ( Pejabat Am ), Pejabat Zaimu-bu (Pejabat Khazanah ) dan Pejabat Sangyo-bu ( Pejabat perniagaan ) serta Pejabat Kotsu-bu (Pejabat Pengangkutan).

Kemudiannya dalam tahun 1943, pentadbiran tentera Jepun memindahkan pentadbiran Terengganu kepada kerajaan Thai. Pada 15 Oktober 1943 ( 15 Oktober 2603 ), Gabenor dan pegawai-pegawai Thai tiba di Terengganu untuk mengambil alih teraju pentadbiran. Negeri Terengganu diserahkan oleh Kerajaan Dai Nippon kepada kerajaan Thai pada pukul 11.50 pagi, 18 Oktober 1943 ( 18 Oktober 2486).

Pentadbiran Thai di Terengganu berakhir setelah Jepun menyerah kalah kepada pihak Berikat pada 15 Ogos 1945. Dengan itu pada tahun 1945, Terengganu diletakkan di bawah Region 8, pentadbiran Pegawai Kanan Hal Ehwal Awam ( Senior Civil Affairs Officer ) Terengganu yang disandang oleh Leftenan Kolonel D. Headley. Sementara itu Kerajaan British sedang berusaha untuk memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu. Pada 17 Oktober 1945, Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ) ditubuhkan di Ipoh, Perak oleh sekumpulan yang terlibat dalam perjuangan KMM. Cawangan KMM merebak ke seluruh Tanah Melayu termasuk Terengganu. PKMM cawangan Kuala Terengganu ditubuhkan di Chabang Tiga oleh Awang bin Ali dan Haji Abdul Latif. Apabila Ibrahim Fikri menyertai PKMM, setelah dibebaskan daripada tahanan pada April 1946, beliau dilantik sebagai Ketua PKMM. Berikutnya pada tahun 1947, beliau dilantik menganggotai Majlis Tertinggi Kerja PKMM. Cawangan PKMM berkembang di Terengganu, antaranya di Dungun dan Besut. Cawangan PKMM Kampung Raja, Besut ditubuhkan pada akhir 1945. Mereka yang terlibat ialah Wan Ahmad sebagai Yang DiPertua, Salleh bin Muhammad sebagai Setiausaha dan Haji Taib bin Abdullah sebagai Bendahari.
Cawangan PKMM Jertih ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Ibrahim Ismail dan beberapa orang rakannya seperti A. Rahman bin Muhammad, Mohd Daud bin Samad dan Mohd Noor bin Awang; di Kuala Besut ditubuhkan oleh Yusof bin Embong dan rakannya Mohd Senari Yunos, Wan Hassan bin Muda dan Mohd Noor bin Ismail pada tahun 1947. PKMM juga ditubuhkan di Kemaman pada tahun 1946, dipimpin oleh Wan Yahya bin Haji Wan Muhammad. Angkatan Wanita Sedar cawangan Kuala Besut dengan Wan Zainun sebagai setiausahanya, dirasmikan penubuhannya di Kuala Besut pada tahun 1947. Di samping itu terdapat juga Persatuan Melayu Terengganu, Persatuan Melayu Besut, Persatuan Melayu Kemaman dan Persatuan Melayu Kemasik. Pada tahun 1947, Persatuan Melayu Terengganu dipimpin oleh Tengku Muhammad Pahang dan Persatuan Melayu Besut dipimpin oleh Tengku Lela Segera bin Tengku Nara Di Raja. Persatuan Melayu Kemasik pula dipimpin oleh Muhammad bin Jusoh.
Pada tahun 1946, kerajaan British mengambil keputusan memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan Malayan Union mendapat bantahan daripada masyarakat Melayu. Tentangan ini pula berkisar di sekitar masalah kerakyatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Akhbar Utusan Melayu dan Majlis turut memainkan peranan menentang Malayan Union. Terengganu juga turut melancarkan tunjuk perasaan menentang Malayan Union pada 24 Januari 1946. Persatuan Melayu Kemaman, Terengganu menghantar kawat kepada Pengerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menentang Malayan Union. Pada 24 Januari 1946, Onn bin Jaafar melalui akhbar Majlis menggesa supaya orang Melayu mengadakan kongres se Tanah Melayu. Dalam Kongres Ketiga yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada 1 April 1946 beberapa orang telah dipilih untuk menggubal perlembagaan bagi United Malays National Organisation ( atau UMNO ). Akhirnya dalam perjumpaan 11 Mei 1946 dalam kongres yang berlangsung di Johor Bahru pada 11 – 12 Mei 1946, UMNO dengan rasminya dilahirkan dengan Onn Jaafar menjadi Presiden yang pertama. Berikutnya cawangan UMNO ditubuhkan di negeri-negeri di Tanah Melayu, termasuk Terengganu. menyedari adanya tentangan maka Kerajaan Bitish mengambil sikap berunding dengan orang-orang Melayu untuk merangka Perlembagaan baru.
Sultan Ismail Nasiruddin Shah menurunkan tandatangan ke atas Perjanjian Persekutuan pada 21 Januari 1948 dan Kerajaan British pula diwakili oleh Sir Gerard Edward James Gent. Pada 6 Jun 1949 Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Tengku Ampuan ditabalkan. Kini Terengganu bersama-sama negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu menuju ke arah kerajaan sendiri. Pada 30 September 1952, Menteri Besar Terengganu mengumumkan di dalam Majlis Mesyuarat Negeri, pilihan wakil Majlis Perbandaran Kuala Terengganu akan diadakan pada tahun 1953. Pilihan raya ini adalah berdasarkan kepada Local Authority and Local Council Election Ordinance yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Council ) pada 28 September 1950 dan 3 Julai 1952. Kawasan pilihan raya Majlis Perbandaran ini diwartakan dalam Warta Kerajaan pada 21 Januari 1953. Tiga kerusi diperuntukkan dalan pilihan raya ini; Kuala, Ladang dan Bukit Besar. Kemudiannya pilihan raya diadakan, ketiga-tiga kerusi ini dimenangi oleh calon Perikatan.

Perkembangan ke arah berkerajaan sendiri terus berjalan. Pada 7 September 1954, pengisytiharan mengenai pilihan raya bagi negeri dibuat. Pengisytiharan ini dibuat oleh Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan ditandatangani oleh Menteri BesarTerengganu, Encik Kamaruddin Idris. Pilihan raya tersebut akan diadakan pada 29 Oktober 1954. Terengganu memperuntukkan 15 kawasan untuk pilihan raya tersebut. Lima belas kawasan tersebut ialah Kuala Besut, Hulu Besut, Setiu, Bandar Kuala Terengganu, Ladang, Bukit Besar, Kuala Terengganu Utara, Kuala Terengganu Barat, Kuala Terengganu Tengah, Kuala Terengganu Selatan, Hulu Terengganu, Marang, Dungun, Paka-Kemaman Utara dan Kemaman Selatan. Ketika penamaan calon, dua calon Perikatan menang tanpa bertanding.

Calon Perikatan yang menang tanpa bertanding ialah Encik Zainal Abidin bin Mohamed Amin, kawasan Hulu Besut dan Encik Mohamed Taha bin Embong,kawasan Paka- Kemaman Utara. Pilihan raya ini adalah pertama kali di Pantai Timur dan kedua selepas Johor di Pesekutuan Tanah Melayu. Dalam pilihan raya ini, pengundi datang mendaftar sebagai pemilih dan terus mengundi pada hari yang sama. Baki kerusi sebanyak 13 ditandingi oleh 14 calon Perikatan dan 10 calon Negara dan 9 calon Bebas. Dalam pilihan raya tersebut Parti Perikatan memenangi semua kerusi yang dipertandingkan.

Kemudiannya ketetapan telah dibuat untuk mengadakan pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955. Seperti juga negeri-negeri lain di Tanah Melayu, Terengganu juga membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya tersebut. Tiga kawasan iaitu Terengganu Utara, Terengganu Tengah dan Terengganu Selatan akan dipertandingkan. UMNO Terengganu dikehendaki mengemukakan calon untuk bertanding dalam pilihan raya itu. Mereka yang dipilih ialah Dato’ Perwira Negara Haji Ali bin Long, Che Ibrahim Fikri dan Wan Yahya bin Haji Mohamed. Kemudiannya Dato’ Perwira Negara Haji Ali bin Long menarik diri daripada menjadi calon pilihan raya Persekutuan 1955. Dengan itu Jawatankuasa Perhubungan UMNO Terengganu bersidang sekali lagi pada 25 Mac 1955 dan sebulat suara bersetuju mencalonkan Engku Mohsein bin Abdul Kadir sebagai ganti calon dalam kawasan Terengganu Tengah. Che Ibrahim Fikri menentang Encik Muhammad Salleh bin Ahmad calon Parti Negara. Engku Mohsein bin Abdul Kadir; calon UMNO bertanding di kawasan Terengganu Tengah menentang calon Parti Negara, Encik Sulaiman bin Ali. Wan Yahya bin Haji Wan Mohamed, calon UMNO pula menentang Ibrahim bin Mat Noh, Parti Negara di kawasan Terengganu Selatan. Dalam pilihan raya yang berlangsung pada 27 Julai 1955 di tiga kawasan, Terengganu Utara, Terengganu Tengah dan Terengganu Selatan, Parti Perikatan berjaya mengalahkan calon Parti Negara. Dalam pilihan raya ini 52 kerusi dipertandingkan di seluruh Tanah Melayu. Parti Perikatan memenangi 51 kerusi dan hanya 1 kerusi sahaja dimenangi oleh Parti Islam SeMalaya ( PAS ) di kawasan Kerian, Perak. Kini Parti Perikatan membentuk kerajaan mentadbir Persekutuan Tanah Melayu. Sementara itu rundingan kemerdekaan diteruskan sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Copy Paste From : http://www.pmn.gov.my/TERENGGANU/sejarahtrg.htm

Garuda VS Jentayu

BURUNG GARUDA & BURUNG JENTAYU.

Diriwayatkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, di suatu masa, dunia ini didiami oleh ratusan jutaan burung-burung dari pelbagai jenis dan juga warna. Sering alam dan juga dada langit berubah-ubah warnanya apabila kumpulan burung-burung yang berjumlah berjuta-juta itu terbang ke sana dan ke mari. Sebentar berwarna kuning, sebentar lagi berwarna kemerahan dan juga kehitaman dan begitulah silih berganti, alam bertukar dalam kesukacitaan dunia ketika itu.Adapun burung-burung ini berpenghulukan dua ekor burung yang teramat besar. Seekor Burung Jentayu dan seekor Burung Garuda.

Dikatakan Burung Jentayu dan Burung Garuda ini sudah mengaku bersaudara. Beramat kasih akan satu sama lain.Burung Jentayu ini seekor burung kesaktian yang cantik dan membawa unsur air. Bulunya berwarna Putih kebiruan dan ekornya laksana ekor burung merak. Di atas kepalanya terdapat jambul seperti sebuah mahkota yang bersinar-sinar seperti intan. Manakala Burung Garuda pula seekor burung kesaktian yang hebat. Membawa unsur api dengan bentuk seperti helang. Berbulu kuning keemasan dengan tanduk di kepala yang menyala seperti api.

Kedua-dua ekor burung ini tugasnya menerima amanah Allah mengatur kehidupan burung-burung lain. Mereka sering dilihat berputar-putar mengitari alam membawa dua hawa sejuk dan panas. Adapun di dalam erat persaudaraan itu terserlah perbezaan keperibadian kedua-dua ekor burung ini. Jentayu amat merendah diri. Manis tutur kata, perlakuan dan juga berdikari. Manakala Garuda pula panas baran dan amat cintakan kekayaan dunia.

Di dalam kerajaan manusia pula, dunia pada ketika itu terbahagi kepada 3 kerajaan yang besar. Kerajaan Rom di Barat yang meliputi Benua Eropah dan Asia Utara. Kerajaan Raja Sulaiman di tengah-tengah meliputi Afrika, Timur Tengah, Asia Tengah, India dan Nusantara. Kerajaan China di Timur yang meliputi Indo-China, China dan juga Timur Jauh.Tersebut pada suatu hari, sedang Jentayu dan Garuda berbual-bual, timbullah satu hal musabab. Garuda amat berbangga dengan kehebatan dirinya dan ingin mengaut segala kekayaan dunia untuk dirinya. Jentayu kemudian mengingatkan Garuda bahawa tugas mereka adalah memenuhi amanah Allah sebagai Penguasa Mergastua di muka bumi ini dan setiap diri makhluk itu punya banyak kelemahan.

Nasihat Jentayu itu rupa-rupanya menimbulkan kemarahan dalam hati Garuda. Lantas dengan ketika itu juga Garuda memerangi Jentayu dengan segala kesaktian. Jentayu tidak mahu mencetuskan huru-hara."Abang Garuda, maafkan hamba" kata Jentayu."Sudah. Mulai saat ini, Putus sudah persaudaraan kita. Aku tidak ingin lagi melihat wajahmu. Nyah kamu dari pandangan mataku atau engkau akan kubunuh""Sampainya hati Abang Garuda berkata demikian. Sudah lupakah Abang Garuda pada sumpah persaudaraan kita. Sudah lupakah Abang?" Jentayu cuba menjernihkan suasana.Namun Garuda sudah tidak lagi menerima sebarang kata kemaafan. Hancur sebuah persaudaraan. Jentayu berduka lara lantas terbang jauh ke kaki langit.

Dalam perjalanan itu, Jentayu singgah di Kerajaan Rom dan bertemu dengan Raja Merong Mahawangsa, sepupu Maharaja Rom yang menyelamatkannya daripada Racun Buah Megabayu. Sebagai tanda terima kasih itu, Jentayu mengubah dirinya menjadi sebilah anak panah sakti dan mengingatkan Raja Merong Mahawangsa agar melepaskan anak panah itu di saat Raja itu dalam bahaya.Setelah bertahun-tahun pemergian Jentayu, tidak sedetik pun di dalam hati Garuda terkenangkan saudaranya Jentayu itu. Tiba-tiba pecah berita, Maharaja Rom ingin mengahwinkan puteranya dengan puteri Maharaja China. Mendengar berita itu, Raja Sulaiman menjadi hairan bagaimana Allah mengatur jodoh manusia sekalipun kedua-dua mempelai berasal dari negara yang jauh jaraknya antara satu sama lain."Ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya".

Garuda yang ketika itu berada di Balai Penghadapan itu terdengar madah Raja Sulaiman itu."Ampun, Tuanku. Patik percaya, dengan kesaktian patik ini, patik berupaya menghentikan majlis pernikahan tersebut. Putera Rom itu tidak akan sama sekali mengahwini Puteri China. Jika patik gagal, patik akan mengurung diri patik di dalam kawah gunung berapi" kata nekad Garuda."Jangan Garuda. Kita makhluk Allah terlalu banyak kelemahan. Jangan menyombong diri" nasihat Raja Sulaiman.

Garuda langsung tidak memperdulikan nasihat Raja Sulaiman. Dia bertekad menghalang perkahwinan itu kerana dia berkuasa berbuat demikian. Langkah pertamanya ialah menyerang istana Maharaja China. Terlalu ramai bala tentera China yang terkorban dalam usaha menghalang tindakan Garuda itu. Garuda mematahkan tingkat atas pagoda istana, memasukkan puteri Maharaja di dalamnya dan terus dibawa terbang ke Pulau Langkawi.

Rombongan mempelai putera Rom sudah memasuki Tanjong Pengharapan diketuai oleh Raja Merong Mahawangsa sebagai paman kepada putera Maharaja Rom. Burung Rajawali yang sedang berlegar di angkasa terbang ke Pulau Langkawi mengkhabarkan kepada Garuda bahawa rombongan mempelai Kerajaan Rom sudah sampai di Teluk Benggala.

Di Teluk Benggala itu, Garuda melancarkan segala kesaktian untuk memusnahkan Jong Bahtera Rom yang berjumlah 100 buah lengkap bersenjata. Anak panah umpama hujan menuju ke arah Garuda namun sedikit pun tidak berupaya melukakannya. Garuda memuntahkan api dari paruhnya menyebabkan habis sekelian bahtera hangus terbakar. Putera Maharaja Rom jatuh ke laut lalu terkapai-kapai hilang dari pandangan.

Di saat yang genting itu, Raja Merong Mahawangsa melepaskan anak panah kesaktiannya. Anak panah itu meluncur laju ke udara umpama kilat putih membelah langit, berputar-putar menjelma menjadi Jentayu berhadapan dengan sahabat lamanya, Garuda.

Jentayu........!!!

Peperangan sengit sudah tidak dapat dielak lagi. Satu pertarungan hidup dan mati. Setitis airmata Jentayu jatuh ke bumi. Pertempuran bermula. Kedua-dua pihak mengerah segenap kesaktian yang ada. Halilintar sabung menyabung di langit tinggi. Ombak beralun tujuh hasta manakala Nusantara sudah gempa dengan api lahar naik membuak-buak akibat tekanan dari tenaga kesaktian yang dikeluarkan.

Pertarungan itu amat memeranjatkan Garuda. Kekuatan Jentayu rupanya seimbang dengan dirinya. Tidak pernah diketahuinya sebelum ini. Sedikit kemegahannya tercalar.

Di dalam azamat pertempuran itu, Jentayu dan Garuda masih sempat berhubung secara laduni.
"Bersungguh benar Abang Garuda ingin menghapuskan kita. Sampai hati Abang.."
"Aku akan hapuskan sesiapa sahaja yang menghalangi rancangan aku, termasuk dirimu, Jentayu!!" mata Garuda sudah menyorot ganas.

Mereka bertembung. Mereka bertembung di dalam kesaktian yang teramat hebat.
"Jadi benarlah Abang Garuda ini ingin melenyapkanku" fikir Jentayu. Jentayu sengaja membuka ruang. Tikaman susuh kiri Garuda terbenam ke ulu jantung Jentayu. Jentayu kehilangan nyawanya di tangan saudaranya sendiri. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, setitis airmatanya jatuh ke laut disambut Sang Tiram dan disimpan menjadi mutiara sebagai tanda kenangan dari Jentayu. Begitulah asalnya mutiara, konon-kononnya. Jasad Jentayu jatuh ke dalam Laut Khalzum. Di dasarnyalah Jentayu bersemadi.


Garuda bersorak riang. Terbang mengitari alam mengkhabarkan berita kejayaannya. Raja Sulaiman mendapat ilham bahawa putera Maharaja Rom hanyut terdampar di Selat Melaka dan bertemu dengan Puteri Maharaja China di Pulau Langkawi. Raja Sulaiman menitahkan agar dibawa pagoda itu ke istana baginda.

Sebaik sahaja dibuka pintu pagoda itu, keluarlah Putera Maharaja Rom bersama Puteri Maharaja China mengadap Raja Sulaiman. Garuda merasa amat malu sekali lantas menghumbankan dirinya ke dalam sebuah kawah gunung berapi di Lautan Pasifik. Wallahua'lam.

Copy Paste From : http://indera-kencana.blogspot.com/

Quotes No. 5

MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.

2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.

3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.

4. Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?

5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.

6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.

7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.

8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.

9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.

10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.

11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.

12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.

13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.

14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.

15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.

16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.

17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.

18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.

19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.

20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.

21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar. 22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.

Copy Paste From : http://test.chedet.com/che_det/2008/08/mengajar-sains-dan-matematik-d.html

Quotes No. 4

MENGINGATI PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN

1. Jeff Hamaz menarik perhatian kepada pejuang-pejuang kemerdekaan Malaya sebelum UMNO. Saya bersetuju kita harus beri tempat kepada orang-orang seperti Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Ishak Hj Mohammad, Dr Burhanuddin Helmi dalam perjuangan ini.

2. Tetapi saya tidak bersetuju bahawa UMNO adalah pro-British. Kelainan antara pejuang-pejuang KMM (Kesatuan Melayu Muda) dan MNP (Malay Nationalist Party) ialah tentang cara dan pendirian. KMM sanggup menyokong Jepun dan ramai yang menjadi Heiho, angkatan separuh tentera yang didirikan oleh Jepun sementara Malay Nationalist Party mirip kiri dan bersimpati dengan Komunis yang hampir semuanya terdiri daripada orang Cina yang telah bermusuh dengan orang-orang kampung selepas Jepun kalah.

3. Pemimpin UMNO pula tidak kiri dan tidak kanan. Mereka utamakan orang Melayu yang akan hilang tanahair mereka jika Malayan Union ditubuh. Tak dapat tidak UMNO terpaksa menentang British. Hanya yang tidak dilakukan oleh UMNO ialah perjuangan ganas melalui perang gerila.

4. UMNO tidak pilih perang gerila kerana kemungkinan mendapat kemenangan melawan tentera British yang kuat, amat tipis. Lagipun perang gerila bersahabat dengan gerila Komunis.

5. Ada pihak yang berasa kemerdekaan melalui rundingan tidak sama dengan kemerdekaan melalui peperangan. Parti Islam umpamanya menyifatkan Kemerdekaan Malaya sebagai kemerdekaan setengah masak. Kita tidak dapat berbangga dengan hero-hero yang terkorban dalam perjuangan. Kita tidak boleh puja mereka.

6. Tetapi tidak siapa boleh pertikaikan kemerdekaan kita. Bukan sahaja dapat kita bangunkan negara lebih baik daripada penjajah, tetapi kita bebas menegur dan mengkritik penjajah, bahkan bertindak memboikot penjajah dan kuasa-kuasa Barat apabila mereka bertindak secara tidak adil atau ganas di mana-mana sahaja. Kita punyai pendirian kita tersendiri dalam dunia antarabangsa.

7. UMNO mudah lupa jasa pejuang-pejuangnya. Bukan sahaja UMNO dan Kerajaan pimpinan UMNO tidak memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh seperti Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Ishak Hj Mohammad dan Dr Burhanuddin, tetapi jasa Dato Onn Jaafar pun tidak dihargai seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang lain walhal Dato Onn bukan sahaja Yang Dipertua UMNO yang pertama tetapi dibawah pimpinannya UMNO dan orang Melayu berjaya menewas rancangan British, sebuah kuasa dunia yang baru sahaja menang perang, daripada merampas negeri-negeri Melayu untuk diberi kepada siapa sahaja yang ingin memilikinya.8. Dato Onn memimpin orang Melayu yang miskin dan daif, yang berpecah kepada rakyat masing-masing negeri supaya bersatupadu dalam UMNO dan menentang British sehingga British terpaksa tunduk kepada tuntutan Melayu dan menggugurkan Malayan Union kurang dari dua tahun ianya ditubuh.

9. Jasa Dato Onn kepada orang Melayu, kepada UMNO amatlah besar dan jasanya harus dikenang dan diberi penghargaan yang tidak kurang dari jasa Tunku Abdul Rahman, pejuang kemerdekaan.

10. Sesungguhnya orang Melayu dan UMNO mudah lupa dan kurang mengenang budi.

Copy Paste From : http://test.chedet.com/che_det/2008/08/mengingati-pejuangpejuang-keme.html

Sejarah Daerah Biniku.. Hehe

Sejarah Kuala Kubu Baru - (berkait dgn Myth Buaya Putih Sakti)

Mitos buaya putih sakti

Oleh AMREE AHMAD

SEBUT saja nama Kuala Kubu Baru, kebanyakan kita segera terbayangkan suasana sepi pekan kecil itu yang menjadi pintu masuk utama ke pusat peranginan Bukit Fraser di Pahang.

Juga keheningan jirannya, Ampang Pecah yang terkenal dengan pusat kemahiran belia Pertak selain maktab polis, bomba dan institut tahfiz al-Quran di bawah seliaan Jakim.Nun tidak jauh dari pekan itu, tidak ramai menyedari hutan simpan Hulu Selangor menyimpan khazanah misteri beberapa lokomotif tinggalan penjajah Inggeris akhir kurun ke-19.

Semua penduduk di sini tahu cerita kepala kereta api itu namun tiada siapa menemuinya hingga saya sendiri menjumpai lokomotif tersebut,kata Abdul Rahim Noor Mohamad, 41.Anak jati pekan itu seterusnya bercerita bagaimana bermula ekspedisi beliau mencari bangkai kereta api lama tersebut yang berjaya tersembunyi di tengah-tengah hutan tebal berkenaan.

Minat mencari lokomotif itu timbul daripada cerita mulut orang tua sejak sekian lama dan maklumat daripada seorang pembalak dikenali sebagai Sallehuddin atau Aki Udang. Allahyarham jumpa secara kebetulan pada 1981 tetapi dia terlupa lokasi tepat namun daripada maklumatnya, saya membuat kajian kedudukan sebenar kereta api itu,jelasnya.

Hasilnya, Abdul Rahim mendapat kisah sebenar pekan itu yang tidak diketahui sesiapa waima Jabatan Muzium Malaysia sendiri termasuk rahsia mitos buaya putih tasik Kuala Kubu.

Hakikatnya tiada seekor buaya pun di situ namun penduduk menggunakan isu reptilia sakti itu sebagai alasan untuk enggan berpindah apabila dipaksa penjajah Inggeris pada tahun 1883.Ini kerana mereka tahu muslihat pihak kolonial mahu bina lombong bijih timah terbesar di pekan itu dengan usir penduduk asal Melayu ke hutan bersebelahannya,kata Abdul Rahim.Marah dengan kedegilan penduduk, Inggeris lalu meletupkan sebuah empangan yang berusia 100 tahun waktu itu menyebabkan kawasan tersebut dikenali sebagai Ampang Pecah.

Ironi, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Sir Cecil Ranking yang cuba membuktikan mitos buaya putih sebagai dongeng turut terbunuh malah mayatnya cuma tinggal sebelah tangan saja.Kubur pegawai ini masih ada di halaman Rumah Rehat Kuala Kubu di Jalan Syed Mashor dan batu nisannya mencatatkan Di sinilah semadi pusara tangan Sir Cecil,tambah beliau lagi.

Bencana ini biarpun meragut ramai nyawa penduduk, tidak mematahkan niat jahat penjajah untuk projek perlombongan itu malah terus membawa masuk ribuan buruh imigran China.Galian berharga itu rupa-rupanya banyak terdapat di dalam hutan tebal menyebabkan Inggeris membina landasan kereta api mudah alih untuk pengangkutan bijih tanpa kos besar.

Malangnya setelah stok bijih habis, semua peralatan lombong termasuk lokomotif dan gerabak kereta api tersadai di tengah hutan puluhan tahun lamanya,jelas Abdul Rahim.Bagi mencari tinggalan itu, seseorang kena berjalan kaki selama enam hari kerana ia terletak di sembilan lokasi berselerak dekat Gunung Rajah atau 1,053 meter dari aras laut.Penemuan pertama pada 19 Oktober 1996 juga menarik minat Jabatan Muzium Malaysia untuk terlibat dalam projek arkeologi di kawasan hutan tersebut namun ia terkandas separuh jalan.

Lucunya, kejayaan Abdul Rahim dijadikan bahan berita utama akhbar Singapura pada 11 Oktober lalu tetapi memaparkan kejayaan rakyatnya menemui artifak bersejarah itu.¡°Walhal dua rakyat negara jiran itu yang kononnya dilaporkan membuat 28 kali ekspedisi mencari lokomotif tersebut pun terpaksa bergantung ihsan daripada saya,¡± katanya kesal.Beliau seumpama kamus bergerak sejarah Kuala Kubu kini membantu krew paranormal PSI Uncle Seekers menerbitkan dokumentari televisyen 13 siri mengenai lokomotif terbabit.¡°Program Onomostik ini mendedahkan kisah sebenar saya menemui rangka tersebut berbanding propaganda akhbar jiran yang mendakwa mereka jumpa dulu kereta api itu,tegasnya.

Copy Paste From : http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=387225&extra=page%3D1

Quotes No. 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera para bloggers sekalian,

1. Hari ini orang Melayu diasak oleh segelintir pemimpin politik bukan Melayu yang mahu segala dasar pro bumiputera dihapuskan. Alasan mereka dalam zaman globalisasi ini, dasar-dasar yang membantu kaum atau golongan yang lemah atau "kurang kuat" untuk bersaing sebagai sesuatu yang tidak sihat dan menjadikan ekonomi negara tidak kompetitif.

2. Bagi kumpulan ini, apa sahaja keistimewaan atau dasar pro Bumiputera haruslah dihapuskan sepenuhnya. Mereka mahu orang Melayu dan Bumiputera bersaing sendiri tanpa mengambil kira bahawa orang Melayu telah ditindas selama lebih 400 tahun oleh penjajah.

3. Malahan kumpulan ini juga mengabaikan fakta bahawa 100 tahun terakhir sebelum merdeka juga penjajah British memberi banyak ruang kepada kaum imigran untuk membentuk perniagaan mereka. Manakala kaum pribumi dicurigai sebagai pejuang kemerdekaan dan "pengacau" pentadbiran Kerajaan Inggeris.

4. Apabila merdeka sehingga tahun 1970, orang Melayu sukar bersaing dalam bidang perniagaan, pendidikan dan pekerjaan kerana ketiadaan ruang dan peluang. Peluang perniagaan ketika itu banyak dimnopoli oleh kaum Cina yang telah lama bertapak membina rangkaian perniagaan sesama mereka. Peluang pendidikan tinggi kepada orang melayu juga terhad kecuali di kalangan anak-anak kerabat diraja dan beberapa kerat orang kaya Melayu.

5. Gabungan ketiadaan peluang dalam bidang perniagaan dan pendidikan menyebabkan orang Melayu hanya menjadi peon, kerani dan guru sekolah biasa. Selepas kemunculan DEB lah orang Melayu mula diberi peluang untuk mendapat pendidikan yang lebih baik sehingga ramai layak memasuki universiti tempatan dan luar negara.

6. Hari ini kehidupan orang Melayu sudah jauh berbeza. Golongan Melayu kelas menengah sudah menjadi satu pandangan biasa di negara ini. Sungguhpun orang Melayu sudah berjaya menjadi usahawan, golongan profesional dan pentadbir tinggi, namun ia masih jauh dari matlamat DEB.

7.Harapan untuk melihat Melayu dan bumiputera menguasai 30% kekayaan negara belum tercapai lagi. Menguasai hanya 30% walaupun jumlah penduduk pribumi mencecah 70% merupakan satu permintaan yang amat konservatif dan rendah diri. Namun itulah sifat orang Melayu yang merupakan kaum majoriti peribumi negara ini.

8. Malangnya, ini pun mahu dipertikaikan. Alasan mereka setelah lebih 30 tahun DEB masih gagal memenuhi matlamat 30% tersebut, jadi elok dihapuskan semua polisi yang membantu bumiputera.

10. Hari ini dikatakan orang Melayu dan bumiputera hanya menguasai 18% kekayaan negara. Sudahlah masih belum mencapai matlamat, ada pula yang mahu ia dihapuskan terus. Sepatutnya pemimpin politik ini cuba mencari jalan untuk membantu kaum bumiputera mencapai sasaran 30% yang dirancang oleh DEB bukannya mencari jalan untuk merebut jumlah yang 18% ini pun.

11. Mungkin orang Melayu sendiri perlu bertanya semula, siapakah yang mengambil 12% lagi kek ekonomi yang sepatutnya milik bumiputera. Saya tidak berniat menyalahkan kaum lain dalam isu kegagalan memenuhi sasaran 30% penguasaan ekonomi ini. Cuma saya fikir tidak wajar pemimpin bukan Melayu mempersoalkan isu ini.

12. Orang Melayu sendiri tidak menerima bantuan yang banyak dari kerajaan. Sebaliknya mereka menerima banyak peluang dari kerajaan bagi membantu mencapai sasaran DEB ini. Peluang-peluang ini perlu kerana terdapat usaha sejak dahulu lagi menghalang secara senyap pembabitan bumiputera dalam perniagaan, pembinaan, peruncitan dan sebagainya.

13. Ini berlaku kerana terdapat hanya satu kaum yang menguasai rangkaian ekonomi sama ada dari segi pembekalan, pemborong, peruncit mahu pun kekuatan kuasa beli. Tanpa campurtangan kerajaan melalui DEB untuk membuka ruang dan peluang pasti orang Melayu akan terus ketinggalan biarpun berkebolehan.

14. Sungguhpun ada suara-suara yang memutarkan istilah-istilah ekonomi yang mengujakan mengenai sistem yang lebih terbuka dan isu persaingan yang sihat, namun saya melihat cadangan ini tidak lebih daripada kembali ke zaman dahulu, yang Kuat Menjadi raja, Yang Lemah Menjadi Mangsa.

15. Dasar membantu orang Melayu dan bumiputera harus diteruskan bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi dan stratafikasi sosial antara kaum.

16. Namun dalam keadaan yang sama kerajaan juga harus mempunyai dasar "membantu" golongan miskin kaum lain secara lebih sistematik. Dengan ini, selain memperbaiki jurang kekayaan antara kaum, jurang pendapatan antara miskin dan kaya juga dapat dirapatkan.

17. Usaha ini perlu kerana jika terdapat kumpulan yang terpinggir dari menikmati kekayaan negara maka akan wujud juga pelbagai gejala sosial dan jenayah seperti ragut, kongsi gelap, vandalisme dan pelacuran.

18. Ini merupakan cabaran kepada Barisan Nasional pada masa akan datang. BN harus mencari satu formula baru yang bukan sahaja merapatkan jurang pendapatan antara kaum tetapi juga jurang "nikmat kehidupan" antara kelas masyarakat. Dengan kata lain, hati gajah biarlah kita sama lapah, hati nyamuk sama dicicah. Sikit sama rasa, banyak sama kenyang.

Copy Paste From : http://www.drkhir.com/