Friday, March 18, 2011

Roti Croissant & Sejarah Islam..

Roti Croissant direka bagi meraikan kemenangan tentera Kafir terhadap tentera Islam yang menawan Eropah. Battle of The Tours 732ad. Dan diperkenalkankembali pada kurun ke 19... Bentuk roti ini adalah pada mulanya bulan sabit yang melambangkan Islam. Bunyisnya seperti juga sambutan Valentine's Day...... kiranya dorang memperlekehkan Islam la....dgn memakan lambang Islam tanda kemenangan mereka.. huh! Rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Croissant

4 Raja Hebat Di Zaman Silam....

Terdapat ramai raja-raja yang hebat di zaman silam... tetapi yang terkenal adalah 4 raja-raja ini yang hampir menakluki seluruh dunia iaitu :-

1) Raja Namrod - tidak beriman
2) Raja (Nabi) Sulaiman - beriman
3) Raja Bukhtanasar - tidak beriman
4) Raja (Iskandar) Zulkarnain - beriman

Source : Buku Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain - karya : Afareez Abd Razak Al-Hafiz

Bunga Sundal Malam

Bunga sundal malam yang aku kenal, kat umah mak mentua. Tp bila google lain pulak bentuk bunga nya aku tgk... Bunga sundal malam yg aku amik ni mcm tak bertenaga jer (layu).. sebab siang kot. Takde la pulok aku p ushar bunga ni masa mlm... layu mcm ni ker or kembang seharum sundal malam.

Apsal sundal malam? Apsal sundal..

Kalu perasan dalam 1 pokok ada yang berbunga kaler putih dan ada yang berbunga jadi merah... so pada pendapatan aku yang tak seberapa, sundal yang dimaksudkan adalah disebabkan pokok yang ditanam apabila berputik & berbunga mengeluarkan bunga yang berlainan warna padahal daripada 1 pokok. Mungkin sbb tu ianya dipanggil sundal... mcm kawen campur dan malam pula mungkin sbb berbau harum waktu malam. (?)

p.s Bagi aku, lagi seram bau bunga melor or bau bunga cempaka masa balik surau kecik2 dulu kat kampong. Mula la pecut 110 meter berpagar.














Bunga Lengkuas


Wednesday, March 16, 2011

Bulan

Gambar Bulan yang aku amik pada Ramadhan tahun lepas (1431h/2010).



Bintang Kejora.

Daripada kecik aku dok dengar pasal Bintang Kejora iaitu bintang yang paling terang nun jauh di langit.

Alih-alih dah umur 30 tahun baru lah terbaca dalam artikel Mingguan Malaysia (aku rasa aku kena mula membeli semula paper ni setiap hari Ahad) yang menceritakan pasal Bintang Kejora.

Sebenarnya Bintang Kejora adalah Planet Venus (Dewa Rom) @ Utarid (dlm bahasa Arab).

Wiki : "The planet is named after Venus, The Roman Goddess of Love and Beauty. After moon, this is the brightest natural object in night sky"

Source : http://en.wikipedia.org/wiki/Venus

Friday, January 2, 2009

ASAL-USUL NOBAT TERENGGANU ??

Pernah terfikir tak apasal Sultan Johor keturunan Temenggong ini tak ada baju rasmi bersampin bertengkolok berkeris? Dan pernah terfikir tak apasal Sultan Johor tak ada alat-alat kebesaran diraja yang diwarisi turun-temurun? Dalam sistem pemerintahan beraja, kalau dah tak ada waris Sultan asal maka akan dilantik Bendahara (dalam kes Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang mengantikan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang tak ada waris). Itu sebab alat kebesaran Kesultanan Johor Lama seperti nobat yang diwarisi dari Kesultanan Melaka tu... apabila keturunan Temenggong ambil alih, waris Sultan Johor Lama dari keturunan Bendahara bawa lari nobat dan alat kebesaran diraja tu semua ke Pulau Penyengat sebab tak nak bagi pada Sultan keturunan Temenggong ni. Nobat contohnya dipinjamkan kepada Sultan Terengganu sekitar tahun 1870s kerana Maharaja Abu bakar cuba nak rampas alat-alat kebesaran ini. Bila dah bagi pada Sultan Terengganu yang dikira bersaudara kerana keturunan Bendahara juga, tak ada lah Maharaja Abu Bakar cuba rampas dah. Itu sebab Terengganu ada nobat.

Copy Paste From : Posting Sarip Dol Infogossip http://www.infogossip.com/index.php?showtopic=21270