Friday, January 2, 2009

ASAL-USUL NOBAT TERENGGANU ??

Pernah terfikir tak apasal Sultan Johor keturunan Temenggong ini tak ada baju rasmi bersampin bertengkolok berkeris? Dan pernah terfikir tak apasal Sultan Johor tak ada alat-alat kebesaran diraja yang diwarisi turun-temurun? Dalam sistem pemerintahan beraja, kalau dah tak ada waris Sultan asal maka akan dilantik Bendahara (dalam kes Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang mengantikan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang tak ada waris). Itu sebab alat kebesaran Kesultanan Johor Lama seperti nobat yang diwarisi dari Kesultanan Melaka tu... apabila keturunan Temenggong ambil alih, waris Sultan Johor Lama dari keturunan Bendahara bawa lari nobat dan alat kebesaran diraja tu semua ke Pulau Penyengat sebab tak nak bagi pada Sultan keturunan Temenggong ni. Nobat contohnya dipinjamkan kepada Sultan Terengganu sekitar tahun 1870s kerana Maharaja Abu bakar cuba nak rampas alat-alat kebesaran ini. Bila dah bagi pada Sultan Terengganu yang dikira bersaudara kerana keturunan Bendahara juga, tak ada lah Maharaja Abu Bakar cuba rampas dah. Itu sebab Terengganu ada nobat.

Copy Paste From : Posting Sarip Dol Infogossip http://www.infogossip.com/index.php?showtopic=21270

No comments: